KMEK ringan beban kakitangan Utusan, Kosmo

Kumaran (tiga dari kiri) menyampaikan wang sumbangan kepada Norlida Akmar (empat dari kiri) yang mewakili Kosmo! dan Utusan Kedah di pejabat Utusan Malaysia/Kosmo di sini, hari ini.
Kumaran (tiga dari kiri) menyampaikan wang sumbangan kepada Norlida Akmar (empat dari kiri) yang mewakili Kosmo! dan Utusan Kedah di pejabat Utusan Malaysia/Kosmo di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kelab Media Elit Kedah (KMEK) menyampaikan sumbangan kepada kakitangan Utusan dan Kosmo! di negeri ini yang mengalami isu pembayaran gaji, baru-baru ini.

Presidennya, Kumaran Rajamoney berkata, tabung sumbangan itu dilancarkan sejak sebulan lalu dalam kalangan rakan-rakan media di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun jumlah berkenaan tidak begitu besar, namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Ini adalah inisiatif yang diambil oleh KMEK untuk menzahirkan bahawa kita sentiasa bersama rakan-rakan media di negeri ini baik ketika senang atau susah.

"Malah ia juga selari dengan teras kelab kita yang mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya," katanya ketika ditemui di Pejabat Utusan Malaysia/Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Ketua Biro Kosmo! Kedah, Norlida Akmar Idros berkata, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan media yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam menghadapi dugaan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!