Meghan Markle saman tabloid Britain

Putera Harry dan isterinya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana 'kempen kejam' tabloid tersebut. FOTO: AGENSI
Putera Harry dan isterinya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana 'kempen kejam' tabloid tersebut. FOTO: AGENSI
A
A
A

LONDON - Duchess of Sussex memfailkan saman terhadap akhbar Britain, Mail on Sunday selepas suaminya, Putera Harry menyelar tabloid tersebut atas tindakannya kerana 'menghancurkan hidup' individu.

Meghan Markle yang diwakili firma undang-undang Schillings mengemukakan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi London berikutan akhbar itu didakwa menyiarkan surat peribadinya tanpa kebenaran.

Menerusi satu kenyataan semalam Putera Harry menegaskan isterinya menjadi salah seorang mangsa terbaharu tabloid itu.

Adik kepada Putera William itu juga menyuarakan kebimbangan terhadap 'sejarah mungkin berulang' merujuk kepada ibunya, Puteri Diana yang sering menjadi sasaran paparazzi sehingga beliau menemui ajal dalam nahas di sebuah terowong di Paris pada tahun 1997.

"Saya pernah kehilangan ibu saya dan kini saya melihat isteri saya pula menjadi mangsa pihak yang sama," tegasnya.

Menurut pewaris keenam takhta Britain itu beliau bersama isterinya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana 'kempen kejam' dilakukan tabloid berkenaan yang digambarkan sebagai perbuatan 'buli'. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!