Alif Johan mahu sambung legasi keluarga

Alif Johan mahu sambung legasi keluarga.
Alif Johan mahu sambung legasi keluarga.
A
A
A

TERSENARAI antara 20 protege dalam Mentor Milenia 2019, anak kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan, berharap dapat menyambung legasi keluarga.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, selain mencungkil ilmu nyanyian daripada arwah bapa dan ibunya, dia juga melihat penglibatan lima mentor muda iaitu Akim, Stacy, Ernie Zakri, Hazama dan Black, dapat membantunya memantapkan lagi mutu nyanyian.

"Niat saya menyertai Mentor Milenia 2019 pun adalah kerana mahu menyambung legasi muzik keluarga, memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah.

"Saya selalu terfikir kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?

"Jadi saya cubalah mana tahu rezeki saya dan ia juga menjadi titik permulaan buat saya," katanya ketika ditemui pada sidang media Mentor Milenia 2019 di Hotel Hilton Petaling Jaya, semalam.

Alif (kanan) bersama ibu dan adik-beradiknya. (Foto : Instagram)
Alif (kanan) bersama ibu dan adik-beradiknya. (Foto : Instagram)

Biarpun lahir daripada keluarga seni dan ibu serta arwah bapanya dikenali ramai, namun Alif menegaskan dia tidak sesekali menggunakan jalan mudah atau khidmat 'orang dalam' untuk terpilih berada di dalam program itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak guna bantuan 'orang dalam' seperti diperkatakan segelintir orang. Saya datang sendiri uji bakat dan beratur sama seperti orang lain.

"Walaupun sudah merasai tekanan, tapi saya akan cuba yang terbaik dan berharap ada antara salah seorang daripada lima mentor itu yang memilih saya," ujarnya.

Mentor Milenia 2019 bakal memulakan siaran 13 Oktober depan, setiap Ahad, jam 9 malam di TV3. Rancangan itu bakal dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan akan dinilai oleh dua juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!