Ibu panik anak terkunci dalam kereta

Wanita berkenaan mendukung anaknya sebaik diselamatkan pihak bomba. - Foto: JBPM Selangor
Wanita berkenaan mendukung anaknya sebaik diselamatkan pihak bomba. - Foto: JBPM Selangor
A
A
A

KLANG - Seorang ibu panik selepas bayi perempuannya terkunci dalam kereta di hadapan rumah pengasuh di Jalan Mahligai Bandar Bukit Raja petang tadi.

Difahamkan wanita berusia 29 tahun itu baharu pulang dari tempat kerja dan terus ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya yang berusia setahun dan lapan bulan.

Selesai meletakkan anaknya di kerusi bayi, dia kemudian meletakkan beg tangan di bahagian tempat duduk belakang keretanya.

Sebaik menutup pintu tersebut, secara tiba-tiba kereta Honda Civic miliknya terkunci secara automatik.

Buntu dan bimbang keselamatan anak, wanita tersebut terus menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Wanita berkenaan terus mengeluarkan anaknya sebaik pintu kereta berjaya dibuka. - Foto: JBPM Selangor
Wanita berkenaan terus mengeluarkan anaknya sebaik pintu kereta berjaya dibuka. - Foto: JBPM Selangor

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.02 petang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pasukan bomba tiba ke lokasi 11 minit kemudian dan mendapati bayi berkenaan berada di tempat duduk depan kereta.

"Bayi tersebut terperangkap hampir 30 minit sementara menunggu kedatangan bomba. Pintu kereta tersebut berjaya dibuka kurang lima minit menggunakan peralatan khas.

"Bayi berada dalam keadaan selamat sewaktu diserahkan kepada ibu mangsa. Operasi tamat sepenuhnya jam 7.34 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!