'Saya simpan Waytha Moorthy sebagai menteri'

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk menilai semula kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dalam Kabinet.

"Saya tak nampak ada masalah. Jadi Waytha Moorthy ni saya boleh simpan dia sebagai menteri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di sini hari ini.

Pada 3 Januari lalu, Dr Mahathir dilaporkan akan membuat keputusan mengenai kedudukan Waytha sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sebelum ini pelbagai pihak menggesa Waytha dilucutkan jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan integriti nasional berikutan mengeluarkan kenyataan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya pada November tahun lalu.

Jumaat lalu, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, Muhammad Adib dipukul sekumpulan orang India ketika bertugas memadamkan kebakaran dalam rusuhan tersebut.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!