Dua pegawai kanan PDRM terlibat pertukaran

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran yang berkuat kuasa 4 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, seorang daripada pegawai itu adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Sarawak, Asisten Komisioner Zailanni Amit.

"Beliau akan menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan) Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman.

"Pegawai kedua adalah Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof yang dilantik sebagai Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!