Bekas Pengarah Kastam Kelantan dibebaskan

Bekas Pengarah Kastam Kelantan bergelar Datuk dibebaskan hari ini selepas direman lima hari.
Bekas Pengarah Kastam Kelantan bergelar Datuk dibebaskan hari ini selepas direman lima hari.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, isteri dan seorang lagi lelaki dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas ditahan reman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Ketiga-tiga individu itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan.

Bekas pengarah yang bergelar Datuk itu dibebaskan kerana faktor kesihatan dan perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri manakala seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri yang berusia 42 tahun disambung reman selama dua hari bermula hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM menahan bekas pengarah JKDM dan dua pengarah syarikat swasta Sabtu lalu.

Penahanan mereka bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan dan perlombongan haram serta penyeludupan.

Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, bekas pengarah JDKM itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua individu lain dicekup di hotel di Genting Highlands.

Sejumlah wang tunai turut dirampas daripada individu terbabit dan mereka direman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!