Bekas banduan tak serik curi racun rumpai

Omar Bakhtiar (dua dari kiri) menunjukkan racun rumpai yang dirampas dari Geng Badau di IPD Kerian hari ini.
Omar Bakhtiar (dua dari kiri) menunjukkan racun rumpai yang dirampas dari Geng Badau di IPD Kerian hari ini.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang bekas banduan tidak serik melakukan jenayah apabila mengetuai Geng Badau mencuri racun rumpai subsidi milik Pejabat Peladang dan Pejabat Pertanian sekitar daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang sejak Ogos lalu.

Bagaimanapun suspek berusia 31 tahun ditahan bersama empat ahli kumpulannya dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar daerah itu sejak 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan mendapati geng tersebut menggunakan aplikasi Waze bagi mengesan lokasi kejadian sebelum memecah masuk dan melarikan botol-botol racun bersubsidi untuk pesawah padi dengan nilai kerugian hampir RM100,000.

“Kesemua suspek berusia 18 hingga 31 tahun itu ditahan dan polis berjaya merampas 107 botol racun rumpai jenama ‘Basagran M60’ yang dicuri di pejabat peladang.

“Hasil soal siasat membawa kepada tangkapan seorang peniaga berusia 39 tahun yang terkenal dalam membeli dan membekalkan barangan pertanian,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjual racun berkenaan kepada peniaga terbabit dengan harga serendah RM18 sebelum lelaki berkenaan menjual kembali dengan harga RM45.

“Polis berjaya menemui barangan kes gerudi tangan dan ‘compressor gun’ yang disorokkan oleh suspek.

“Semakan mendapati lima suspek mempunyai rekod lampau dalam kes dadah. Kesemua mereka berada di IPD Seberang Perai Selatan dan reman berakhir esok,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Omar Bakhtiar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebat, bagi kesalahan kedua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!