Pengganas Christchurch tak jadi ubah lokasi perbicaraan

Brenton Tarrant membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu. - Foto AFP
Brenton Tarrant membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - Pengganas kulit putih yang membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand membatalkan rayuan untuk perbicaraan kes berkenaan dipindahkan dari selatan bandar itu ke lokasi lain.

Pada Ogos lalu, pasukan peguam Brenton Tarrant memohon perbicaraan kes terbabit diubah dari Christchurch ke bandar terbesar New Zealand, Auckland.

Hakim Mahkamah Tinggi Cameron Mander hari ini berkata, tiada alasan dikemukakan pihak pembela untuk membatalkan permohonan tersebut.

Tarrant membunuh 51 orang dalam tragedi tembakan rambang terburuk negara itu membabitkan jemaah solat Jumaat di dua buah masjid pada 15 Mac lalu.

Serangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Tarrant, 29, mengaku tidak bersalah atas kesemua 92 pertuduhan yang dikenakan.

Pemuda dari Australia itu kini berada dalam tahanan di penjara kawalan ketat di Auckland kira-kira 90 minit penerbangan dari Christchurch.

Dia akan dibicarakan pada 2 Jun tahun hadapan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!