Peluang adu masalah kepada Sinar Harian
KOTA BHARU - Sinar Harian memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan mengenai pelbagai perkara atau masalah Sabtu ini.
Aduan boleh dibuat pada program Celik Kewangan 2.0 yang akan diadakan di Hotel H Elite Design di Tunjong di sini.
Box Sinar Cakna disediakan pada program yang bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 1 petang itu.
Selain aduan, orang ramai juga boleh memberikan pelbagai pandangan kepada Sinar Harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!