Kulat pembawa maut ditemukan di Australia

Beberapa individu di Jepun dan Korea dilaporkan maut kerana menyangka kulat berwarna merah terang itu boleh digunakan untuk perubatan tradisional.
Beberapa individu di Jepun dan Korea dilaporkan maut kerana menyangka kulat berwarna merah terang itu boleh digunakan untuk perubatan tradisional.
A
A
A

SYDNEY - Salah satu kulat paling berbahaya di dunia ditemukan di utara Australia buat pertama kali pada jarak ribuan kilometer dari habitat asalnya di kawasan pergunungan di Jepun dan Korea.

Universiti James Cook hari ini memaklumkan kulat Poison Fire Coral itu ditemui di pinggir bandar Cains oleh seorang jurugambar tempatan dikenali Ray Palmer dan kemudiannya dikenal pasti oleh ahli mikologi, Matt Barrett.

Ray Palmer berkata, beliau telah menghabiskan masa sejak sedekad lalu untuk mengambil pelbagai gambar kulat di hutan hujan di sekitar kediamannya di Cairns.

"Saya tidak terkejut dengan penemuan itu kerana saya banyak jumpa benda baharu sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Beberapa individu dilaporkan maut di Jepun dan Korea kerana menyangka kulat berwarna merah terang itu boleh digunakan untuk perubatan tradisional.

Poison Fire Coral adalah satu-satunya cendawan yang diketahui dengan toksin yang boleh meresap melalui kulit dan mengakibatkan pelbagai gejala 'mengerikan' jika termakan termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam dan kebas.

Jika tidak dirawat, ia juga boleh mengakibatkan beberapa kegagalan organ dan otak yang membawa maut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!