Akaun Deposit-i Berjangka bantu kewangan anda

No Image Caption
A
A
A

Ramai di antara kita mahu menambah pendapatan namun tidak tahu bagaimana cara meningkatkan sumber kewangan.

Jangan risau Bank Rakyat boleh membantu anda merancang kewangan dengan bijak.

Kempen 7 bulan dan 11 bulan (individu) menerusi Akaun Deposit-i Berjangka adalah platform terbaik untuk menambah pendapatan anda.

Pelanggan boleh meningkatkan potensi keuntungan serta mengembangkan pengurusan kewangan dengan lebih sistematik.

Pelanggan hanya perlu mendeposit minimum sebanyak RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka.

Anda boleh memilih untuk mendepositkan wang bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 4.28 peratus setahun atau tujuh bulan dengan kadar keuntungan 3.98 peratus setahun.

Keuntungan akan dikreditkan secara bulanan atau selepas tempoh matang.

Pendeposit hendaklah membuka Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) Bank Rakyat yang mana bayaran keuntungan akan dikreditkan ke akaun tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kempen tamat 15 Oktober 2019.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1300 80 5454 atau layari www.bankrakyat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!