Khidmat nasihat KWSP bakal diperluas kepada majikan

Farizan Kamaruddin. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Farizan Kamaruddin. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal memperluaskan perkhidmatan menyampaikan khidmat nasihat mengenai inisiatif pelaburan dan caruman persaraan kepada majikan pada masa hadapan.

Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaruddin berkata, inisiatif itu dilihat penting bagi memberi peluang kepada majikan yang berdepan kesukaran untuk memenuhi kewajipan mencarum pekerja terutama pada zaman ekonomi tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, KWSP kini betul-betul agresif dalam melaksanakan program outreach demi memastikan kesedaran pencaruman wang untuk persiapan persaraan dalam kalangan pekerja dan majikan semakin meningkat.

"Jangan ikut orang hendak buat pelaburan pada usia bersara tanpa ilmu kerana kita kena tahu sejauh mana risiko pelaburan akan diambil.

"Sebab itu kita (KWSP) ada khidmat nasihat persaraan ditawarkan kepada pekerja dan majikan di mana KWSP boleh terima temu janji secara percuma serta boleh buat unjuran pelaburan secara percuma," katanya dalam program Wacana Sinar Harian Siri 130 bertajuk Tak Ada Duit Selepas Bersara anjuran bersama KWSP di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Program yang menampilkan personaliti TV, Saiful Nizam Ismail sebagai moderator turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Nowasia, Abang Abu dan Pengasas Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman sebagai ahli panel.

Artikel Berkaitan: