Wanita maut jatuh tingkat 17

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17 di Rumah Pangsa Kayu Ara, Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kominsioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian diterima pihaknya pada jam 3.30 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Damansara yang tiba di lokasi menemui mangsa warga tempatan berusia 47 tahun dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mengesyaki mangsa terjatuh dari tingkat 17," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di tingkat 17 menjumpai satu baldi, sebotol minuman keras dan air mineral di tepi tangga.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.

"Mayat wanita terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!