Empat maut serangan di ibu pejabat polis di Paris

Kawasan berhampiran ibu pejabat polis terpaksa ditutup susulan insiden serangan tersebut. FOTO: AFP
Kawasan berhampiran ibu pejabat polis terpaksa ditutup susulan insiden serangan tersebut. FOTO: AFP
A
A
A

PARIS - Sekurang-kurangnya empat anggota keselamatan terbunuh manakala seorang cedera dalam serangan menggemparkan di ibu pejabat polis berdekatan Notre Dame Cathedral di Paris hari ini.

Media tempatan melaporkan penyerang yang merupakan staf di premis itu dan bersenjatakan pisau seramik turut maut ditembak.

Insiden serangan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan) itu telah menyebabkan bangunan tersebut terpaksa ditutup selain penutupan stesen metro berhampiran atas faktor keselamatan.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu dipercayai berlaku akibat perselisihan dalaman, namun motif sebenar serangan masih disiasat.

Sejak 2015, Perancis telah digemparkan dengan siri serangan ganas yang telah meragut sekurang-kurangnya 245 nyawa. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!