16,511 penjawat awam Johor terima RM1,000 esok

Datuk Azmi Rohani
Datuk Azmi Rohani
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 16,511 penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 esok (2 Januari).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani berkata pemberian bantuan khas kewangan itu adalah seperti diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Azmi berkata pengumuman berhubung pemberian bantuan khas itu dibuat pada pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Persidangan Dewan Negeri baru-baru ini.

“Pemberian bantuan khas tersebut merupakan penghargaan di atas sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan oleh penjawat awam kerajaan negeri ini.

“Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penjawat awam yang terbabit boleh membuat semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!