Pemuda maut jatuh balkoni tingkat tiga

Muhammad Khaizuran
Muhammad Khaizuran
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di Blok Yasmin, Flat Sri Kolam di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Khaizuran Izzudin, 26, dipercayai tergelincir ketika memanjat balkoni rumah untuk membuka pintu.

Kakak mangsa, Ellinna Johana Zulkifli, 35, berkata, ketika kejadian, adik bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersendirian di rumah.

“Kami semua dibekalkan kunci pendua rumah setiap seorang termasuk arwah. Jadi saya langsung tidak terfikir untuk bertanyakan tentang kunci rumah selepas menghubunginya kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Saya cuma tahu kejadian menimpanya selepas dihubungi ibu saudara yang tinggal berhampiran sebelum bergegas balik ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.

Katanya, dia yakin adiknya itu cuba memanjat balkoni rumah untuk membuka pintu disebabkan tertinggal kunci rumah selepas balik solat Jumaat.

“Sebelum ini pun, bila tertinggal kunci rumah memang dia panjat balkoni. Kami pernah tegur dia sebab bimbang jadi kejadian macam ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!