Badan bebas selulit

Rawatan baharu, inovatif bertindak kurangkan selulit, bentuk kontur badan terutamanya pada bahagian perut, punggung, paha

No Image Caption
A
A
A

MAJORITI individu berpendapat golongan berbadan gempal sahaja akan mengalami selulit khususnya pada permukaan kulit betis, paha, punggung atau perut.

Walhal, masalah kulit tampak berkedut bak buah oren itu turut membelenggu mereka yang bertubuh langsing, berusia dan kaum Adam.

Apa itu selulit? Ringkasnya selulit berlaku apabila lapisan lemak yang terletak di bawah kulit mengalami kerosakan.

Justeru, untuk menghilangkan selulit selain meningkatkan pengambilan makanan yang kaya kandungan minyak Omega-3 atau bersenam, masalah tersebut juga dapat diatasi dengan mendapatkan rawatan Thermal Shape di butik STRIP, Ministry of Waxing (pakar penjagaan intim).

Menurut Jurulatih Strip, Eline Chang, Thermal Shape merupakan rawatan baharu dan inovatif yang bertindak mengurangkan selulit dan membentuk kontur badan terutamanya pada bahagian perut, punggung dan paha.

"Kaedah ini membantu membentuk dan membaiki kulit badan yang kendur. Menariknya, ia bukan rawatan invasif yang mana kesan dapat dilihat serta-merta dan tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan.

"Rawatan Thermal Shape menggunakan teknologi terbaik iaitu sistem 4 dalam 1 yang menggabungkan peronggaan ultrabunyi (ultrasound cavitation), frekuensi radio (radio frequency), sedutan vakum (vacuum suction) dan tenaga haba (heat energy)," jelas beliau ketika ditemui Femina di Strip Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Eline, alatan model yang selamat digunakan itu akan menyalurkan tenaga mampat pada kawasan sasar seperti lapisan dermis dan lemak.

Artikel Berkaitan:

Misalnya, peronggaan ultrabunyi akan mengemulsi dan mengecutkan sel-sel lemak manakala sedutan vakum, haba dan frekuensi radio pula menembusi jauh ke dalam lapisan dermis untuk memanaskan kulit tisu, mengecutkan serat kolagen dan menegangkan.

"Hasilnya, siluet badan kelihatan menawan dan menarik selepas satu sesi rawatan," jelasnya lanjut.

Langkah-langkah Rawatan Thermal Shape Strip

1 Sebelum dibenarkan menjalani rawatan Thermal Shape, pakar terapi Strip akan mengadakan sesi rundingan bagi mengenalpasti beberapa perkara utama.

Antaranya adalah memastikan wanita tidak melakukan sebarang prosedur pembedahan dalam tempoh enam bulan; hamil atau menyusu badan atau mengalami ulser, luka atau ketuat pada bahagian yang akan menjalani rawatan.

2 Sebaik sahaja direhatkan di atas katil di dalam bilik rawatan, pakar terapi akan menyapu krim antiseptik pada bahagian badan pilihan pelanggan.

3 Kemudian, gel ultrasonic disapukan bagi melancarkan sesi rawatan Thermal Shape.

4 Seterusnya adalah dengan mengolekkan alat ultrasound cavitation pada bahagian yang telah disapu gel ultrasonic sebentar tadi.

Pada peringkat ini, deringan bunyi ringan akan kedengaran pada telinga pelanggan ekoran getaran mikro yang bergerak sekitar tubuh. Badan pula terasa hangat seperti menjalani rawatan urutan menggunakan ketulan batu panas.

5 Selepas itu, pakar terapi akan mengaplikasikan pula Thermal O2 menggunakan mesin teknologi moden menggabungkan teknik vakum, haba dan frekuensi radio.

Mesin berkenaan bertujuan untuk menegangkan semula permukaan kulit berselulit.

Thermal Shape Strip

Lokasi: Strip Bangsar Village 2, Kuala Lumpur

Masa operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat)

Web: www.strip-my.com

Facebook: https://www.facebook.com/StripMalaysia

Instagram: @stripmalaysia

E-mel: info@strip-my.com

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!