Ayam panggang bersalut telur masin
BERITA baik buat pencinta hidangan makanan berasaskan telur masin.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan menu Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken di restoran Kenny Rogers Roasters seluruh negara.
Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd, Kennie Thong berkata, telur masin dijadikan signatur istimewa bagi promosi baharu memandangkan ia ideal dimasak dalam apa jua hidangan.
"Selain hidupan laut, telur masin juga enak dimakan bersama daging ayam khususnya ayam panggang Kenny Rogers. Justeru, telur masin berkualiti bersama daun kari dan bahan-bahan sampingan lain dimasak sehingga menjadi kuah yabg pekat. Kemudian, kuah berkenaan dicurahkan menyaluti bahagian ayam panggang," katanya pada Majlis Pelancaran Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sempena promosi baharu tersebut, terdapat lima variasi hidangan ditawarkan pada harga berpatutan. Ia terdiri daripada Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken Meal, Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken & Soup, Eggstra-Sedap Salted Egg Quater Chicken Ala Carte, Eggstra-Sedap Salted Egg Whole Chicken Ala Carte dan Eggstra-Sedap Salted Egg Family Feast.
Promosi menu itu ditawarkan hingga 20 Oktober depan.
ANEKDOT
Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken Lokasi: Restoran Kenny Rogers seluruh negara
Harga: Bermula pada RM15.90 hingga RM95
Web: www.krr.com.my
Facebook: @kkrmalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!