Wawasan 2020 gagal kerana kerajaan terdahulu tidak serius: PM
KUALA LUMPUR - Wawasan 2020 tidak dapat dicapai kerana tiada usaha serius untuk melaksanakannya sepanjang 15 tahun sebelum ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu sebaliknya tumpuan diberi kepada memberi pendapatan tinggi.
“Wawasan 2020 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju tapi 15 tahun ke belakang, tiada usaha sungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu sebaliknya memberi tumpuan beri pendapatan tinggi.
“Ia dilakukan dengan cara beri wang, gaji tinggi, BR1M dan sebagainya supaya mendapat sesuatu daripada rakyat. Ia bukan usaha mereka tapi melalui pemberian kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pagi tadi.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, apabila kerajaan menghentikan bantuan sebegitu, mereka yang menerima bantuan sebelum itu terus ‘menjadi miskin’.
“Sebaliknya kali ini dalam WKB2030, kita akan memberi latihan supaya mereka diberi peluang dan urus peluang ini sehingga mereka mencapai kejayaan,” katanya.
[AKAN MENYUSUL]
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!