Tragedi enam kenderaan, pemandu lori maut tersepit

Keadan dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Keadan dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

PAGOH - Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan lima lagi kenderaan lain di Kilometer 141.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini.

Kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu adalah tiga lori, tiga kereta termasuk sebuah Proton Saga milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, M Thamotharan, 41, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kedua-dua kakinya.

“Sebelum kejadian itu, kira-kira jam 6.40 pagi di lokasi sama berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori Pos Malaysia Berhad dan sebuah treler menyebabkan dua individu cedera.

“Thamotharan yang dipercayai memandu lori Hicom dari arah Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Myvi dan Mitsubishi Lancer di hadapannya," katanya dalam di sini hari ini.

Menurutnya, perlanggaran itu menyebabkan Mitsubishi Lancer berkenaan berpusing lalu melanggar Proton Saga milik PDRM yang berada di lorong kecemasan.

"Lori dipandu mangsa turut merempuh dua lori yang berada di hadapannya hingga mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduknya.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi membabitkan kemalangan sebuah lori dan treler.

Katanya, seramai 25 anggota bomba terlibat dalam operasi dua kemalangan itu yang terdiri dari BBP Pagoh, BBP Bukit Gambir dan BBP Tangkak dengan empat jentera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!