Angka kematian terus meningkat di Iraq
TEHERAN - Sekurang-kurangnya 60 meninggal dunia dalam tempoh empat hari protes di seluruh Iraq termasuk 18 kematian yang didaftarkan di sebuah hospital di ibu kota Baghdad, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Bagaimanapun, suruhanjaya itu tidak mendedahkan maklumat angka kematian membabitkan orang awam atau pasukan keselamatan.
Jumlah kematian dijangka meningkat apabila lebih 1,600 penduduk dilaporkan cedera.
Dalam pada itu, ulama Iraq, Moqtada Sadr menyeru pemimpin negara itu meletak jawatan apabila keganasan semakin meningkat di seluruh negara.
Peserta protes terus bertempur dengan anggota polis pada hari keempat demonstrasi bagi membantah rasuah dan masalah pengangguran.
Sementara itu, bekas pemimpin Syiah dalam satu kenyataan berkata, pemimpin negara perlu meletak jawatan bagi mengelakkan peningkatan angka kematian.
Katanya pada masa sama, pilihan raya perlu diadakan lebih awal di bawah pengawasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!