Aktiviti persundalan guna WeChat terbongkar di Sungai Petani

Wanita warga asing yang ditahan dalam operasi gempur hotel bajet yang dijadikan pusat persundalan di Sungai Petani.
Wanita warga asing yang ditahan dalam operasi gempur hotel bajet yang dijadikan pusat persundalan di Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah hotel bajet yang dipercayai menjalankan aktiviti persundalan dengan menggunakan aplikasi WeChat berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Kedah.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, kegiatan tidak bermoral itu didalangi 'ibu ayam' yang mengawal pergerakan dan urusan dengan pelanggan.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat awam pihaknya menggempur pusat persundalan itu sekitar jam 11.00 malam hingga jam 12.30 tengah malam semalam.

"Serbuan dilakukan di hotel yang dijadikan tempat wanita warga asing itu menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan persundalan pada harga RM200 sejam," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zuhair berkata, ketika serbuan dilakukan wanita warga asing itu sedang melayan pelanggan dipercayai warganegara tempatan.

"Kita menahan tiga wanita terdiri daripada dua warganegara Thailand dan seorang wanita warga Laos berumur antara 27 hingga 30 tahun," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua wanita itu melakukan kesalahan bawah Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

"Mereka ditahan di lokap Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Zuhair berkata, seramai 10 anggota pegawai imigresen daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kedah terlibat dalam operasi berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!