Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) meluangkan masa bersama seorang penduduk Taman Rajawali, Bukit Rotan yang menghidap darah tinggi dan diabetes, Sitoriah Salleh pada Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Kuala Selangor, hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim (dua, kanan). - Foto Bernama
Pegawai Farmasi Provisional Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Steffie Desiree (kanan) membantu peserta cilik menyediakan ubat ketika hadir pada Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Kuala Selangor, hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (JKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (empat, kanan) ketika gimik perasmian Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Kuala Selangor, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim (dua, kiri). - Foto Bernama
Pegawai Farmasi Provisional Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, S Ceciwani (kiri) dan rakannya Steffie Desiree (kanan) membantu peserta cilik untuk menyediakan ubat ketika hadir pada Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Kuala Selangor, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!