VAR bantu Liverpool raih tiga mata

Sadio Mane dikatakan pura-pura jatuh selepas dikasari pemain Leichester City namun pengadil memberikan sepakan penalti kepada Liverpool selepas penggunaan VAR dalam aksi di Anfields malam tadi. - Foto Getty Images
Sadio Mane dikatakan pura-pura jatuh selepas dikasari pemain Leichester City namun pengadil memberikan sepakan penalti kepada Liverpool selepas penggunaan VAR dalam aksi di Anfields malam tadi. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGGUNAAN video bantuan pengadil (VAR) membantu Liverpool menumpaskan Leichester City 2-1 pada penghujung saingan dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi di Anfields.

Gol kemenangan pada minit ke-90 itu mencetuskan kontroversi selepas Sadio Mane dikatakan pura-pura jatuh dalam kotak penalti selepas dikasari pemain Leichester, Marc Albrighton.

Pemain The Foxs membantah keputusan tersebut namun pengadil perlawanan, Christopher Kavanagh tetap memberikan penalti selepas penggunaan VAR.

James Milner bijak memanfaatkan peluang terhidang dengan memastikan Liverpool melebarkan rekod tidak pernah kalah sepanjang liga bermula.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp menegaskan bahawa pasukannya layak diberikan penalti atas kekasaran yang dilakukan pemain lawan.

"Jelas sekali itu adalah penalti. Saya gembira dengan permainan kami. Kami mendapatkan hasil yang diingini dan itu sangat baik. Kami tahu kami terpaksa berusaha keras untuk menang dan kami telah melakukannya.

“Tanpa tuah kami tidak dapat menang sepanjang lapan perlawanan. Dalam tempoh 90 minit kami pantas mendapatkan tiga mata. Milner tidak gugup menyempurnakan penalti,” katanya kepada BBC selepas berakhirnya perlawanan.

Dalam aksi berkenaan, Mane meletakkan The Reds di hadapan pada m-40 sebelum James Maddison mengikat kedudukan pada m-80.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan Liverpool itu memastikan mereka terus gah di puncak liga dengan mengumpul 24 mata sepanjang lapan perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!