Bukit Kudung simpan seribu khazanah alam, sejarah

Keindahan Bukit Kudung di waktu malam.
Keindahan Bukit Kudung di waktu malam.
A
A
A

JELI - Bukit Kudung dan Lata Keding di Kampung Gemang di sini mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun ia menyimpan seribu khazanah, flora dan fauna tersendiri.

Bukit Kudung misalnya menyimpan pelbagai rahsia sejarah tidak diketahui ramai dan antara yang pernah diceritakan adalah terdapat kubu tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.

Di sebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan dikenali sebagai Batu 73 bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer.

Namun begitu, keindahan Bukit Kudung tidak akan dikenali ramai sekiranya Kamaruddin Awang, 42, tidak mengambil inisiatif meneroka kawasan terbabit selepas membeli tanah kebun di kawasan itu.

"Pada mulanya saya mahu bina rumah tapi disebabkan kawasannya yang menarik jadi saya memilih untuk membangunkan pusat rekreasi dikenali sebagai Lalang's.

"Selepas melihat kawasan ini dengan air terjun, yang jernih dan kawasannya sangat cantik, saya fikir apa salahnya bangunkan untuk tujuan pelancongan," katanya.

Trek mencabar yang boleh digunakan untuk pendakian.
Trek mencabar yang boleh digunakan untuk pendakian.

Menurutnya, kawasan itu juga tarikan untuk melihat keindahan semula jadi termasuk iaitu kolam mata air berbentuk ‘love’ yang menyambut kedatangan pengunjung.

Artikel Berkaitan:

"Tempat ini sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi terbaru untuk menarik pelancong datang ke negeri ini terutamanya Jeli.

Keindahan di kawasan tersebut juga dikagumi bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut menyertai ekspedisi meneroka keindahan Bukit Kudung dan Lata Keding baru-baru ini.

Peluang melihat kabus di puncak pendakian.
Peluang melihat kabus di puncak pendakian.

Katanya, laluan mendaki agak mencabar selain keindahan alam semula jadi yang tidak terusik menjadikan tempat itu unik dan sesuai untuk warga kota menghilangkan tekanan bekerja.

"Pengalaman pertama mendaki Bukit Kudung, memang menyeronokkan dan saya sendiri berterima kasih kepada Kamaruddin kerana mengusahakan kawasan ini.

“Saya berharap kawasan ini akan menjadi satu lokasi yang wajib dilawati bagi pelancong dari dalam dan luar negara sedikit masa lagi," katanya.

Sebahagian pengunjung yang kali pertama menerokai keindahan Bukit Kudung.
Sebahagian pengunjung yang kali pertama menerokai keindahan Bukit Kudung.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, usaha Kamaruddin itu wajar dipuji kerana mewujudkan satu pusat rekreasi yang menarik.

"Saya ada berbincang dengan pemilik tempat ini dan berikan beberapa panduan kepada beliau, Insya-ALLAH ia akan menjadi lebih menarik satu masa nanti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!