Perokok dah macam berpuasa...

Noor Awani (tiga, kiri) menampal papan tanda amaran larangan merokok di kedainya.
Noor Awani (tiga, kiri) menampal papan tanda amaran larangan merokok di kedainya.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekali imbas, penduduk Kelantan dilihat akur dengan penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan, namun ia sebenarnya bergantung kepada pemilihan lokasi kedai berkenaan.

Hampir tiada perokok kelihatan di kedai makan terbuka di kompleks membeli belah sekitar di Kota Bharu.

Namun berbeza di kedai makan kaki lima atau kawasan perkampungan, golongan ini akan merokok tanpa rasa segan silu.

Seorang peniaga, Noor Awani Muhammad, 44, berkata, selepas papan tanda amaran larangan merokok ditampal di kedai makan, pelanggan termasuk pekerjanya akur dengan arahan tersebut.

Sebelum adanya larangan tersebut, ini Noor Awani sememangnya melarang pekerjanya merokok berdekatan kedai kerana ia boleh menjejaskan imejn sebagai pengendali makanan.

"Bagus juga kerajaan kuatkuasakan larangan ini, sebab hari ini pelanggan nampak macam 'tengah berpuasa,' tak ada seorang pun merokok dalam lingkungan tiga meter dari kedai saya.

"Berbeza dengan semalam, hampir sebahagian besar pelanggan merokok tanpa mengira masa," katanya.

Seorang lagi peniaga, Rashidi Mamat, 63, bersetuju dengan saranan kerajaan mengenai larangan merokok ini.

Artikel Berkaitan:

"Memang ada pekerja dan pelanggan merungut terpaksa beredar setiap kali mahu merokok sedangkan ia memberi menfaat kepada pelanggan lain.

"Saya yakin jika undang-undang ini dilaksanakan dengan serius, ia tidak akan menjejaskan pendapatan peniaga sebaliknya meningkatkan lagi kehadiran pelanggan yang tidak merokok," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!