Guru digantung tugas, kantoi merokok dalam kelas
SITAPUR - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di India digantung tugas serta-merta selepas video dia sedang merokok di dalam kelas tular di media sosial.
Video berdurasi lebih 30 saat itu turut merakam dia membaling mancis yang telah digunakan di hadapan kelas.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pekan Mahmudabad di Sitapur.
Perkara itu disahkan pihak pengurusan sekolah Sitapur dan mengakui kewujudan video itu.
"Kami mengesahkan video itu dan menggantung tugas guru terbabit," kata Ajay Kumar. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!