Pelanggan tak lari pun...

Pekerja Restoran Syafiq Lee memakai penutup hidung sebagai peringatan kepada pelanggan yang datang.
Pekerja Restoran Syafiq Lee memakai penutup hidung sebagai peringatan kepada pelanggan yang datang.
A
A
A

SEREMBAN - 'Lepak sedap, tanpa asap, 'Smoke free, pelanggan happy'.

Itu tagline kempen larangan merokok yang dilancarkan secara terbuka oleh Restoran Syafiq Lee, di Taipan Senawang di sini, sebagai menyokong penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula hari ini.

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan negeri yang juga Adun Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani.

Pemiliknya, Syafiq Lee Abdullah, 42, mengakui pada mulanya risau pelanggannya akan berkurangan, tetapi ternyata ia langsung tidak terjejas.

Mohamad Taufek(empat dari kiri) membuang bekas abu rokok ke dalam tong sampah sebagai gimik pelancaran.
Mohamad Taufek(empat dari kiri) membuang bekas abu rokok ke dalam tong sampah sebagai gimik pelancaran.

"Orang tetap datang macam biasa dan yang bagusnya semua menghormati peraturan itu.

"Saya pun dah pesan kepada 25 pekerja saya yang mana-mana merokok supaya buat perkara sama dan tunjuk contoh baik kepada pelanggan," katanya.

Restorannya yang beroperasi jam 10 pagi hingga 12 tengah malam itu turut mengambil langkah mengharamkan bekas abu rokok yang selama ini disediakan untuk pelanggan yang merokok.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia juga tidak akan teragak-agak menegur pelanggan yang ingkar dengan berhemah.

"Harapnya semua faham. Saya pun merokok, tapi apa yang kerajaan buat ini bagus sebagai mendidik orang ramai.

"Ramai pelanggan saya pun lebih selesa nak lepak sebab tiada asap," katanya.

Sementara itu, Mohamad Taufek yang juga Adun Paroi akan mencadangkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan(JHEAINS) supaya menjadikan isu rokok sebagai isi khutbah Jumaat.

"Langkah itu sebagai mendidik orang ramai supaya memahami keputusan kerajaan berkenaan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!