Tikam rakan kerana berang makanan dicuri
COLUMBIA - Seorang lelaki di California Selatan, Amerika Syarikat 'naik hantu' dan menikam rakannya kerana menuduh mangsa mencuri makanan yang disimpannya.
Jabatan Polis Myrtle Beach dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di sebuah bilik hotel di Ocean Boulevard.
Susulan itu, polis telah memberkas Timothy Lewis lewat petang kelmarin.
Lewis, 48, berdepan satu pertuduhan cubaan membunuh dan memiliki senjata berbahaya.
"Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum kedua-duanya bertukar tumbukan. Kemuncaknya, suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menikam mangsa," ujar polis.
Mangsa cedera di dada, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut mangsa, Lewis melarikan diri sejurus serangan.
Polis berjaya mengesan kedudukan lelaki berkenaan ketika menghantar mangsa ke hospital. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!