Wanita maut disamun depan rumah

Pihak polis memeriksa lokasi mangsa dipukul dan disamun oleh dua penjenayah.
Gambar kecil: S Sri Devi Kalaivani Raniamal
Pihak polis memeriksa lokasi mangsa dipukul dan disamun oleh dua penjenayah. Gambar kecil: S Sri Devi Kalaivani Raniamal
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipukul dan disamun dua lelaki di hadapan rumah keluarganya di Kampung Felda Sendayan di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa, S Sri Devi Kalaivani Raniamal, 42, baru pulang dari tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya di dalam longkang dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis yang menerima maklumat ke lokasi dan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya di dalam longkang dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya di dalam longkang dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

"Siasatan polis mengesyaki mangsa telah dipukul dan disamun oleh dua penjenayah yang menunggang motosikal jenis tidak pasti.

"Pemeriksaan pada mangsa mendapati dua rantai emas dan satu beg sandang mangsa hilang dengan anggaran kerugian RM4,000," katanya.

Menurutnya, suspek berusia 55 dan 34 tahun telah ditahan malam tadi di sebuah lokasi di daerah ini untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!