Sedia kaji bidaan PLUS sekiranya bersesuaian: PM

Dr Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Dr Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebarang bidaan terhadap saham pegangan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan dikaji kerajaan sekiranya bersesuaian dengan kehendak mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan boleh menjual pegangan saham dimiliki Khazanah dengan syarat pelaburan semula duit itu dapat dikenal pasti.

"Kita ada satu jawatankuasa yang memerhatikan masalah hutang dan pembayarannya.

"Mereka akan beri pertimbangan kepada sebarang cadangan mengurangkan hutang negara," katanya pada sidang media sempena persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Parlimen hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan terdapat sebuah firma dari Hong Kong yang berminat untuk membida PLUS daripada pemilikan Khazanah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!