Pochettino tak takut dipecat

Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino
A
A
A

PENGURUS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengaku tidak takut sekiranya pengurusan kelab membuat keputusan untuk memecatnya dalam waktu dekat sebalikinya ketua jurulatih Argentina itu hanya fokus untuk memperbaiki pasukan prestasi.

Spurs berdepan kekalahan dalam dua perlawanan terakhir iaitu ketika mereka dibelasah Bayern Munchen 2-7 dalam saingan Liga Juara-Juara 2019-2020 Rabu lalu dan diaibkan oleh Brighton selepas tumpas 0-3 pada Sabtu.

"Apa yang paling saya takutkan di dunia ini bukan sepak bola kerana dalam arena bola sepak ini saya harus kuat menghadapi semua dugaan dan rintangan. Jadi saya akan tetap bekerja seperti biasa dan tidak akan mengubah apa pun.

"Dua perlawanan terakhir kami minggu lalu memang amat sukar diterima, tetapi saya harus bersiap sedia untuk menerima sebarang kritikan sama ada baik atau sebaliknya," jelasnya.

Pochettino yang berhijrah dari Southampton untuk mengemudi Spurs sejak 2014, namun sehingga kini pengendali berusia 47 tahun itu masih belum menjulang sebarang piala bersama Spurs.

Prestasi terbaiknya adalah membawa Tottenham Hotspur ke final Liga Juara-Juara 2018-2019 dan final Piala Liga 2014-2015.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!