Kelahiran kembar penyeri tahun baharu

Dr Zanariah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Nur Aqilah yang selamat melahirkan bayi kembar tahun baru.
Dr Zanariah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Nur Aqilah yang selamat melahirkan bayi kembar tahun baru.
A
A
A

KOTA BHARU - Penantian selama dua tahun disambut gembira pasangan Mohd Shafid Shafrein Zamani,32, dan Nur Aqilah Abd Ghani,26, apabila dikurniakan sepasang bayi perempuan kembar sempena tahun baharu ini.

Nur Aqilah selamat bersalin melalui pembedahan pada jam 10 pagi tadi yang di Hospital Perdana KPJ, Kota Bharu.

“Alhamdulillah saya amat bersyukur selamat melahirkan bayi kembar pada tahun baru ini. Penantian kami dua tahun ini berbaloi kerana anak-anak selamat dan sihat walaupun terpaksa dibedah,” katanya.

Mohd Shafid menceritakan detik-detik sebelum kelahiran di mana isterinya mengalami sakit perut sejak minggu lalu dan hanya pagi tadi dia dibawa ke hospital.

“Kami amat gembira. Kalau diikutkan, isteri akan bersalin pada pertengahan Januari ini, tetapi isteri dah rasa sakit perut,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital KPJ Perdana, Dr Zanariah Jaafar berkata, tiga bayi tahun baru dilahirkan setakat petang ini.

Beliau berkata, pasangan kembar itu lahir dengan berat berbeza 2.66 kilogram dan 2.12 kilogram.

“Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Selain kembar ini, seorang lagi bayi tahun baharu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3 pagi tadi,” katanya selepas menyampaikan cenderamata kepada keluarga berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!