Menteri Kewangan tidak semestinya Melayu, kata Anwar

Anwar Ibrahim - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar Ibrahim - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarat pelantikan Menteri Kewangan tidak semestinya wajib daripada pemimpin kaum Melayu, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menegaskan ciri-ciri penting diambil kira untuk melantik Menteri Kewangan mestilah bercirikan seorang pemimpin berkelayakan dan profesional yang berkualiti.

Selain itu, Anwar menegaskan pemimpin dilantik jawatan penting kerajaan itu juga mesti merupakan seorang yang prihatin terhadap kepentingan kaum Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini.

"Pemilihan jawatan Menteri Kewangan mesti bercirikan seorang berkelayakan, profesional berkualiti dan prihatin bukan sahaja terhadap kepentingan Melayu bahkan kepentingan kaum-kaum lain negara ini," katanya kepada media sewaktu ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menegaskan jawatan penting kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar termasuk Menteri Kewangan mesti dilantik dalam kalangan kaum Melayu sewaktu menyampaikan ucapan resolusi di Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Jakim perlu betulkan konsep Rahmatan Lil Alamin

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan sokongan rakyat pada masa hadapan.

Berdasarkan kajian dibuat Merdeka Centre yang menunjukkan peratus sokongan rakyat terhadap kerajaan semakin merudum, Anwar berkata, kerajaan perlu mengambil pertimbangan hasil kajian itu secara serius.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan statistik Merdeka Center, kata sumber, setakat Ogos populariti Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan pengundi Cina dan India jatuh ke-41 peratus manakala 30 peratus pengundi Melayu masih menyokong gabungan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!