Polis sertai program rawatan awal serangan jantung 3 tahun sekali

Anggota dan pegawai polis Pulau Pinang diajar cara melakukan CPR dan menggunakan peranti AED ketika berdepan dengan kes kecemasan.
Anggota dan pegawai polis Pulau Pinang diajar cara melakukan CPR dan menggunakan peranti AED ketika berdepan dengan kes kecemasan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 100 anggota dan pegawai polis di Pulau Pinang menyertai program Penang Heart Safe With PDRM yang dijangka diadakan tiga tahun sekali.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, latihan dalam perkhidmatan itu akan menumpukan kepada kumpulan sasaran iaitu anggota dan pegawai yang bertugas di barisan hadapan antaranya Mobile Polis Vehicle (MPV); anggpta trafik; anggota sektor, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan polis pondok.

"Latihan ini merangkumi cara memberi rawatan langkah pertama terhadap pesakit jantung menggunakan kaedah Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) dan peranti Automated External Defibrillator (AED).

"CPR dan AED adalah kaedah segera untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Untuk menyelamatkan mangsa, asas teknik pengetahuan melakukan CPR dengan tepat dan betul dan penggunaan mesin AED adalah perkara yang perlu diberi perhatian utama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penang Heart Safe With PDRM yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar, Dr Afif Bahardin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Afif menyerahkan peranti AED kepada IPK Pulau Pinang untuk digunakan bagi membantu berdepan dengan kejadian kecemasan dan pemasangan peranti AED itu adalah yang pertama dipasang dalam PDRM.

Afif (dua dari kanan) menyampaikan peranti AED kepada Narenasagaran di sini hari ini.
Afif (dua dari kanan) menyampaikan peranti AED kepada Narenasagaran di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Narenasagaran berkata, kepantasan dan tindakan segera melakukan CPR dan penggunaan AED kepada mangsa akan meningkatkan tinggi peratusan untuk jantung kembali pulih.

"Objektif utama latihan dalam perkhidmatan ini adalah sebagai kempen kesedaran mengenai serangan jantung kepada semua warga PDRM, memberi latihan CPR dan AED yang kerap kepada warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang dan menjadikan pegawai polis sebagai responden pertama menggunakan AED untuk selamatkan nyawa.

"Latihan dalam perkhidmatan ini akan dijalankan mengikut model National Committee On Resuscitation Training (NCORT) iaitu Jawatankuasa Kebangsaan Dalam Latihan Resusitasi yang diiktiraf dan latihan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja.

"la direka bentuk untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menyelamatkan mangsa yang menghadapi serangan jantung mengejut dalam keadaan kecemasan di kalangan orang ramai sementara menunggu bantuan perubatan. Kadang-kadang polis sampai awal di tempat kejadian tetapi disebabkan tiada kemahiran, maka mereka terpaksa tunggu ambulans," katanya.

Sementara itu Afif berkata, terdapat 62 buah peranti AED berdaftar di bawah program itu diletakkan di tempat awam antaranya Komtar; Taman Botani, Persiaran Gurney dan Padang Kota Lama.

"Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan pemasangan 10 unit alat peranti AED di tempat awam terpilih di negeri ini bagi membantu mangsa serangan jantung.

"Peranti ini dilancarkan pada 4 September 2015 yang mana Tingkat 3 Komtar adalah lokasi pertama dipasang iaitu padan 20 Disember 2015. Pada peringkat awal empat tahun lalu, 10 lokasi dipilih untuk pemasangan peranti itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!