Anjing ditemukan masih hidup selepas sebulan taufan Dorian

Seekor anjing diberi nama Miracle berjaya diselamatkan selepas sebulan terperangkap dalam runtuhan bangunan. - Foto CNN
Seekor anjing diberi nama Miracle berjaya diselamatkan selepas sebulan terperangkap dalam runtuhan bangunan. - Foto CNN
A
A
A

BAHAMAS - Pasukan penyelamat berjaya menemukan seekor anak anjing masih hidup di bawah runtuhan bangunan selepas sebulan taufan Dorian melanda Bahamas.

Menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron, anggota penyelamat berjaya mengesan kedudukan anjing itu, kata jurucakap organisasi penyelamat anjing, Chase Scott kepada CNN.

Scott berkata, anjing yang hanya tinggal tulang itu hampir mati selepas terperangkap dalam serpihan dinding bangunan runtuh.

Baru berusia setahun, anjing tersebut terpaksa meneruskan hidup dengan bergantung kepada air hujan semata-mata.

Ketika ditemui, anjing diberi nama Miracle tidak mampu berdiri kerana terlalu lemah dan hanya menyambut anggota penyelamat dengan menggoyangkan ekornya.

Scott berkata, anjing itu akan mengikuti proses pemulihan termasuk emosi.

“Buat masa ini kita tidak tahu siapa pemilik anjing ini dan akan menjaganya sebelum pemilik menuntutnya.

"Kami berusaha menyatukan semula beberapa keluarga yang kehilangan haiwan peliharaan ketika taufan Dorian.

Artikel Berkaitan:

“Bencana ini telah mengakibatkan runtuhan bangunan dan penduduk juga telah berpindah ke lokasi lebih selamat malah beranggapan haiwan peliharaan mereka telah mati,” katanya.

Taufan Dorian melanda Bahamas awal September lalu mengorbankan puluhan nyawa penduduk.

Perpindahan secara besar-besaran mengakibatkan banyak haiwan ditinggalkan dan setakat ini, ‘Big Dog Ranch Rescue’ berjaya menyelamatkan 139 ekor anjing. - CNN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!