35 calon bertanding untuk jawatan presiden Sri Lanka

Gotabaya Rajapaksa dilihat sebagai calon pilihan untuk pilihan raya presiden Sri Lanka. -Foto Agensi
Gotabaya Rajapaksa dilihat sebagai calon pilihan untuk pilihan raya presiden Sri Lanka. -Foto Agensi
A
A
A

COLOMBO - Seramai 35 calon mengemukakan pencalonan hari ini untuk pilihan raya presiden Sri Lanka bulan depan namun penyandangnya memilih untuk tidak bertanding bagi penggal kedua ekoran kemasukan bekas ketua pertahanan terkenal, Gotabaya Rajapaksa dilihat sebagai calon pilihan.

Rajapaksa yang pernah berkhidmat sebagai ketua pertahanan di bawah saudaranya, Presiden Mahinda Rajapaksa berhasrat ingin mengakhiri perang saudara Sri Lanka yang berpanjangan sejak sedekad yang lalu.

Presiden Maithripala Sirisena yang mungkin mengalami kesulitan mengalahkan Gotabaya Rajapaksa mengambil keputusan tidak membayar deposit mandatori pada tarikh akhir semalam dan menjadi tidak layak untuk memfailkan pencalonan.

Menurut rekod awal Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu seramai 41 calon telah membayar deposit sebelum tarikh akhir namun enam daripada mereka menarik diri.

Suruhanjaya Pilihan Raya membuka tempoh dua jam untuk penamaan hari ini.

Calon bertanding untuk pemilihan presiden kali lini adalah rekod tertinggi di mana sebelum ini ialah seramai 22 calon pada tahun 2010.

Rajapaksa berkata, selepas mengemukakan pencalonannya beliau yakin akan menang.

Saingan utamanya adalah Sajith Premadasa dari gabungan pemerintah juga merupakan anak kepada bekas Presiden Ranasinghe Premadasa yang dibunuh pada tahun 1993 oleh pemberontak Tamil Tiger. Pemberontak akhirnya kalah dalam perang saudara.

Artikel Berkaitan:

"Kami akan memulakan program politik demokratik yang memastikan hak semua warganegara dilindungi. Kami sangat yakin bahawa majoriti Sri Lanka dari semua latar belakang etnik tanpa mengira pelakon dan kepercayaan akan menyokong program ini yang akan menjadikan negara kita makmur," kata Premadasa.

Antara calon presiden lain adalah dua rahib Buddha, empat orang dari masyarakat minoriti Muslim negara dan dua dari masyarakat Tamil dan seorang calon wanita. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!