Turki nekad usir militan

Tentera AS membuat rondaan bersama pasukan Turki di pinggir bandar Tal Abya dekat sempadan Syria - Turki bulan lalu. - Foto AFP
Tentera AS membuat rondaan bersama pasukan Turki di pinggir bandar Tal Abya dekat sempadan Syria - Turki bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Kerajaan Turki akan 'membersihkan' pengganas di Syria susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) bahawa ia tidak akan menentang operasi ketenteraan negara itu terhadap militan Kurdish.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, sejak permulaan perang Syria pihaknya menyokong integriti wilayah negara itu dan akan terus berbuat demikian.

"Kami bertekad untuk memastikan kewujudan dan keselamatan negara kami dengan menumpaskan pengganas dari rantau tersebut," katanya menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini.

Sebelum ini Turki berulang kali mengancam untuk melancarkan operasi unilateral di utara Syria dalam usaha untuk mengusir militan Kurdish kembali ke sempadan dan membenarkan kepulangan pelarian Syria.

"Turki akan terus menyumbang dalam memberikan ketenangan, keamanan dan kestabilan kepada Syria," tulisnya lagi.

Semalam Rumah Putih mengumumkan tenteranya akan berundur dari sempadan Turki dan tidak akan menyokong atau terlibat dalam operasi jangka panjang Ankara di utara Syria.

Melalui satu panggilan telefon, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan rakan sejawatannya Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk untuk bertemu di Washington bulan depan bagi membincangkan tentang penubuhan zon selamat di utara Syria.

Erdogan turut menyampaikan kekecewaannya terhadap kegagalan birokrasi tentera AS dalam melaksanakan perjanjian yang dipersetujui pada Ogos lalu untuk menubuhkan Zon penampan di sempadan Turki. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!