Selamba curi tabung masjid, anak yatim

Aksi suspek yang berjaya dirakam CCTV.
Aksi suspek yang berjaya dirakam CCTV.
A
A
A
SEBERANG JAYA - Dua lelaki diburu polis selepas terlibat dengan kejadian mencuri mesin daftar tunai dan beberapa tabung masjid dan anak yatim di kaunter kedai di medan selera Singgah Sat di sini, Ahad lalu.

Penyelia premis berkenaan yang mahu dikenali Ridzuan berkata, kejadian itu disedari pekerjanya yang masuk bekerja jam 9.40 pagi hari kejadian selepas melihat kawasan kaunter berselerak dan mendapati wang RM600 dan tabung derma hilang.

Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman CCTV.

"Semakan dibuat mendapati dua lelaki berkenaan dilihat datang dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum memeriksa kawasan sekeliling medan selera dan berhenti di kawasan tepi premis.

"Seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal sambil menghalakan lampu motosikalnya ke arah kaunter bagi memudahkan rakannya memecah kaunter di situ," katanya.

Ridzuan berkata, suspek menggunakan pengumpil bagi membuka laci kaunter sebelum melarikan wang tunai RM600, tabung derma anak yatim, tabung membesarkan masjid dan laci mesin daftar tunai yang berada di kaunter berkenaan.

Katanya, suspek juga kemudian dilihat memanggil rakannya untuk membantunya mengangkat tabung.

"Ini kejadian kedua yang berlaku di medan selera ini dan sebelum ini, beberapa peralatan seperti ketuhar gelombang mikro, beras dan beberapa peralatan lain dicuri dua lelaki menaiki kereta," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Artikel Berkaitan:


Katanya, polis telah mengambil rakaman CCTV berkenaan dan sedang mengenalpasti identiti kedua-dua suspek yang terlibat. end kapsyen: Aksi suspek yang berjaya dirakam CCTV.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!