Arab Saudi anjur empat acara sukan terbesar di Diriyah

 Putera Abdulaziz Turki Al-Faisal
Putera Abdulaziz Turki Al-Faisal
A
A
A

ARAB Saudi semakin serius dalam membangunkan acara sukan dengan terbaharu bakal menganjurkan empat acara sukan dengan disiplin yang berbeza di bandar Diriyah bermula 22 November sehingga 21 Disember depan.

Penganjuran kali ini bakal menampilkan bintang antarabangsa dalam dalam empat disiplin sukan berbeza iaitu perlumbaan Formula E, Tenis, Equestrian dan Tinju.

Pengerusi Lembaga Sukan Umum Arab Saudi (GSA), Putera Abdulaziz Turki Al-Faisal mengumumkan bandar Diriyah sekali lagi menjadi tuan rumah buat penggemar sukan permotoran Formula E selepas kejayaan penganjurannya musim lalu.

"Kejayaan besar Diriyah Formula E tahun lalu mendorong kami untuk mengambil Diriyah ke tahap yang berbeza musim ini.

"Di mana lagi di dunia ini anda boleh melihat gabungan epik masa lalu, sekarang dan masa depan? Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kehadairan anda untuk menyaksikan sejarah dalam pembikinan,” katanya.

Dalam pada itu, Putera Abdulaziz mengumumkan Piala Tenis Diriyah akan memulakan festival Ad Diriyah pada 12 hingga 14 Disember dengan penyertaan lapan pemain tenis terbaik di dunia.

Katanya, festival itu akan diteruskan dengan perlumbaan Formula E, FIA pada 22 hingga-23 November yang melibatkan penyertaan kali pertama daripada pengeluar jentera Mercedes dan Porsche.

“Acara tinju akan menyaksikan pertembungan tinju terbesar antara Andy Ruiz dan Antohny Joshua bagi merebut gelaran juara heavyweight empat badan tinju yang berbeza WBA, IBF, WBO, dan IBO pada 7 Disember 2019.

Artikel Berkaitan:

“Acara tenis pula akan menyaksikan persaingan sengit bintang dunia dari Rusia, Daniel Medvedev, David Goffin (Belgium), Lucas Pouille (Perancis), Fabio Fognini (Itali) yang telah mengesahkan penyertaan mereka,” jelasnya.

Menurutnya, bintang ekuestrian Arab Saudi pula akan menguji keberanian mereka bersaing dengan atlet kuda lasak antarabangsa pada 12 hingga 14 Disember yang menyaksikan 150 penyertaan bagi kategori lelaki dan wanita.

Kejayaan ini adalah salah satu misi 2030 yang dibawa oleh Raja Salman Abdul Aziz untuk menjadikan Arab Saudi sebagai sebuah negara moden yang tidak lagi bergantung kepada hasil minyak dengan menjadikan sukan adalah cara untuk menunjukkan kepada dunia jika Arab Saudi mampu menganjurkan acara bertaraf dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!