Lima tembakan maut di Kitzbuehe

Difahamkan suspek dan bekas teman wanitanya berpisah dua bulan sebelum tragedi itu.- Foto AP
Difahamkan suspek dan bekas teman wanitanya berpisah dua bulan sebelum tragedi itu.- Foto AP
A
A
A

VIENNA - Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas mengaku membunuh bekas teman wanitanya, keluarga dan teman lelaki baharu mangsa dalam kejadian di bandar peranginan Alpine di Kitzbuehel, Australia.

Polis berkata, suspek pergi ke chalet yang dipunyai bapa bekas teman wanita pada jam 4 pagi dalam usaha untuk bercakap dengannya, namun malangnya bapa mangsa yang membuka pintu.

Dia kemudian mengambil pistol milik saudara lelakinya dan pergi semula ke rumah mangsa.

Berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui, polis mendakwa dia mungkin menembak bapa bekas teman wanitanya sebaik mangsa membuka pintu. - Foto AP
Berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui, polis mendakwa dia mungkin menembak bapa bekas teman wanitanya sebaik mangsa membuka pintu. - Foto AP

Berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui, polis mendakwa dia mungkin menembak bapa bekas teman wanitanya sebaik mangsa membuka pintu, kemudian saudara lelaki wanita itu di bilik tidur.

Dia kemudian mungkin dihalang ibu bekas teman wanitanya pula apabila mendapati bahawa pintu ke pangsapuri kedua, tempat tinggal teman wanita dikunci dan selepas membunuh ibu bekas teman wanitanya, lelaki berkenaan memanjat balkoni memasuki bilik tidur wanita itu dan teman lelakinya lalu membunuh mereka.

Difahamkan suspek dan bekas teman wanitanya berpisah dua bulan sebelum tragedi itu.

Polis mengeluarkan mayat salah seorang mangsa. - Foto AP
Polis mengeluarkan mayat salah seorang mangsa. - Foto AP

Artikel Berkaitan:

Mereka kemudian bertemu secara kebetulan pada lewat malam Sabtu lalu tetapi berakhir dengan pertengkaran sehingga membawa kepada insiden tembakan itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!