Lelaki tertua di dunia bikin gempar di Lapangan Terbang Abu Dhabi

Maklumat pada pasport Sivananda menunjukkan tarikh kelahirannya adalah pada 8 Ogos 1896.
Maklumat pada pasport Sivananda menunjukkan tarikh kelahirannya adalah pada 8 Ogos 1896.
A
A
A

ABU DHABI - Kakitangan di Lapangan Terbang Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) gempar apabila seorang lelaki dari India berusia 123 tahun berjalan dalam keadaan sihat di premis terbabit.

Swami Sivananda dilaporkan berhenti sebentar di UAE ketika menaiki penerbangan Etihad Airways dari Kolkata ke London.

Maklumat peribadi pada pasport Sivananda menunjukkan dia dilahirkan pada 8 Ogos 1896 di Behala, India.

Jika maklumat tersebut benar, Sivananda menjadi individu tertua di dunia ketika ini.

Menurutnya, dia menjadi yatim piatu sebelum berusia enam tahun dan diserahkan kepada guru spiritual yang banyak berpindah-randah di sekitar India sebelum menetap secara kekal di Varanasi.

Sukar untuk mengesahkan usianya kerana rekod tersebut dibuat oleh pendaftar kuil.

Selain itu, Sivananda juga kelihatan jauh lebih muda daripada usia tersebut.

Dia bagaimanapun berkongsi rahsia awet muda seperti melakukan yoga dan menjalani kehidupan sederhana yang sangat berdisiplin.

Artikel Berkaitan:

"Saya hanya mengambil makanan yang direbus tanpa minyak atau rempah, nasi kacang dal rebus bersama cili hijau," ujarnya.

Sivananda yang mempunyai ketinggian 157 sentimeter juga hanya tidur beralaskan tikar dan berbantalkan papan kayu.

"Saya elakkan mengambil susu atau buah-buahan kerana ia adalah 'makanan mewah'. Ketika kecil, saya selalu tidur dalam keadaan perut kosong," katanya lagi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!