RUU mansuh Antiberita Tidak Dibenar dibentang semula

Mohamed Hanipa - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamed Hanipa - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 dibentangkan sekali lagi hari ini selepas ia ditolak Dewan Negara pada September tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, akta itu ditolak selepas ia diluluskan kali pertama di Dewan Rakyat ketika sesi pertama apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

“RUU Antiberita Tidak Benar telah dikuatkuasakan pada 11 April 2018 (zaman kerajaan BN), pemansuhan ini selaras dengan komitmen kerajaan memansuhkan undang-undang zalim.

"Selain itu ia turut memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran kerajaan seperti janji manifesto PH,” katanya ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.

Ia merupakan usaha kali kedua kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan.

RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos tahun lalu selepas bacaan kali ketiga di bawah era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN: Mansuh Akta Antiberita Tak Benar, tindakan terburu-buru

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!