Netizen lancar kempen #boycottfoodpanda #UninstallFoodPanda
SHAH ALAM - Ramai netizen kini melancarkan kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda di media sosial kerana berang kenyataan pengarah urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das.
Sayantan memberitahu, syarikatnya tiada masalah dengan mogok yang dilakukan oleh pekerjanya.
“Jika penghantar tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya.
Kemelut tercetus selepas syarikat berkenaan melaksanakan skim pembayaran baharu bermula pada 30 September lalu.
GOODBYE FOODPANDA!! #kapitalisbangsat#boycottfoodpandapic.twitter.com/Lo2IXMRthH
— 羊 (@sxuuuuuu) October 8, 2019
Bayaran bekerja mengikut jam dimansuhkan dengan menggantikan bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7 berkuatkuasa kepada semua penunggang di luar Lembah Klang.
Pelaksanaan skim pembayaran baharu itu mendapat bantahan penghantar makanan Foodpanda hingga mereka melakukan mogok yang turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ada juga netizen yang menyifatkan kenyataan pengarah Foodpanda itu sebagai angkuh dan sepakat melancarkan boikot terhadap syarikat itu.
Kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda menjadi trending di Twitter, hari ini.
Netizen juga membuang aplikasi Foodpanda daripada telefon pintar mereka.
Kata Ilaa, “Saya sudah, anda bila lagi? Jom lakukannya #boycottfoodpanda #UninstallFoodPanda”
ARTIKEL BERKAITAN: Cuba dulu sistem baharu, kata Pengarah Urusan Foodpanda
Im doin my part , #boycottfoodpanda
— (@xyzdeli) October 7, 2019
Come on gais @M_Zuh1m1pic.twitter.com/Jzk4m3cH9H
Done . #BoycottFoodpandapic.twitter.com/KNf96zVNyG
— Aufaaaaaaaaaaaaaaaaa (@unieeyyy) October 7, 2019
The least that I can do.#boycottfoodpanda#boikotfoodpandapic.twitter.com/1UePfp4VVw
— Aiman Biggie (@AimanBiggie) October 7, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!