Padah berniaga secara haram

DBKL menyita barangan dan peralatan perniagaan milik 19 peniaga warga asing dan peniaga haram di Jalan Yew serta Pasar Pudu dalam Ops Tegas Siri 29 semalam.
DBKL menyita barangan dan peralatan perniagaan milik 19 peniaga warga asing dan peniaga haram di Jalan Yew serta Pasar Pudu dalam Ops Tegas Siri 29 semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita peralatan dan barangan perniagaan milik 19 peniaga haram di Jalan Yew dan Pasar Pudu dalam Ops Tegas Siri 29 petang semalam.

Sumber Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut turut disertai pihak polis.

"Seramai 58 kakitangan DBKL dan anggota polis menyertai operasi bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang itu.

"Dalam operasi berkenaan sebanyak 16 sitaan melibatkan barangan milik penjaja warga asing dan tiga sitaan melibatkan penjaja tempatan yang berniaga tanpa lesen," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin menjalankan perniagaan dinasihatkan memohon lesen daripada DBKL dan tidak menggajikan warga asing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!