Budak lemas jatuh kolam buatan
ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam buatan di Taman Sri Bayu, Amanjaya, Sungai Petani di sini petang tadi.
Mangsa yang berusia 9 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke hospital.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Zamani Ismail, berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Amanjaya dan BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian menerima panggilan jam 3.22 petang.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang terjatuh dalam kolam buatan di taman perumahan berkenaan.
"Sehubungan itu, operasi pencarian (surface searching) dilakukan menggunakan tali dan jaket keselamatan sebelum anggota bomba menemui mangsa tidak lama kemudian.
"Mangsa dibawa dibawa menaiki ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya dalam satu kenyataan tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!