Hafizh Syahrin sah sertai Angle Nieto
PELUMBA sensasi MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah kembali mewarnai saingan Moto2 apabila menyertai pasukan yang berpangkalan di Sepanyol, Angel Nieto pada Kejuaran Dunia musim depan.
Pelumba berusia 25 tahun itu akan berlumba bersama rakan sepasukannya, Aron Canet yang naik ke Moto2 selepas bertarung merebut gelaran juara Moto3 musim ini.
Sementara itu, Hafizh Syahrin menyifatkan Moto2 bukanlah kategori baharu baginya kerana pernah menghabiskan beberapa tahun dalam perlumbaan itu dan mengakui beliau kini mempunyai jentera, enjin dan tayar yang berbeza dengan lebih kuasa.
"Saya rasa bersama pasukan Angel Nieto kami boleh melakukan tugas yang baik pada musim depan. Saya telah berlumba dengan majoriti pelumba di kelas ini dan saya optimis mampu berada di hadapan.
"Jadi saya akan memberikan yang terbaik untuk menjadi lima pelumba teratas. Saya mempunyai keyakinan terhadap pasukan kerana pernah bekerja dengan beberapa daripada mereka sebelum ini dan saya rasa kami mampu lakukan yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu, bos pasukan Angle Nieto, Jorge Martinez Aspar mengalu-alukan penyertaan Hafizh Syahrin dan menyifatkannya sebagai berita baik setelah menandatangani bersama pelumba berpengalaman itu untuk membawa cabaran baharu buat pasukan dalam kelas Moto2.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!