Suami kejam cukur kepala isteri kerana jumpa rambut dalam makanan
DHAKA - Seorang lelaki di Bangladesh ditahan polis selepas bertindak kejam mencukur kepala isterinya gara-gara berang kerana terjumpa rambut ketika sedang menikmati sarapan pagi.
Menurut ketua polis tempatan, Shahriar Khan, pihaknya menyerbu sebuah kampung di daerah barat daya Joypurha dan menahan Bablu Mondal, 35, selepas penduduk melaporkan kejadian itu kepada pegawai berkuasa.
"Suspek menjumpai rambut pada nasi dan susu dalam makanan yang disediakan isterinya. Akibat terlalu marah dia mengambil pisau dan mencukur kepala wanita itu," katanya.
Mondal didakwa kerana menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja.
Kesalahan berkenaan membawa hukuman maksimum 14 tahun penjara serta melampaui kesederhanaan isteri berusia 23 tahun itu.
Aktivis menyifatkan kejadian tersebut adalah antara kes penindasan terhadap wanita yang semakin meningkat meskipun undang-undang melindungi mereka daripada penderaan dan serangan seksual. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!