Penduduk Forest Height perlukan liputan telekomunikasi

Gunasekaran berbincang bersama wakil persatuan penduduk Taman Forest Bayu hari ini.
Gunasekaran berbincang bersama wakil persatuan penduduk Taman Forest Bayu hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 2,000 penduduk Forest Height di sini terkilan apabila liputan telekomunikasi di kawasan perumahan tersebut sehingga kini masih lagi tidak memuaskan.

Sinar Harian difahamkan, keadaan tersebut berlaku kerana tiada menara telekomunikasi tetap.

Penduduk, Ahmad Rahimi Mat, yang menetap di Taman Forest Bayu sejak 10 tahun lalu berkata, sehingga kini dia mengalami masalah liputan talian telefon.

Katanya, banyak urusan kerja menggunakan talian telefon dan internet tetapi penduduk terpaksa mencari lokasi tertentu untuk mendapatkan liputan lebih jelas.

"Urusan sekarang banyak dilakukan menggunakan internet, termasuk segala pembayaran bil tetapi kami menghadapi masalah apabila tiada talian di kawasan perumahan ini.

"Dua minggu lalu ada sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan melakukan kerja-kerja untuk membina menara telekomunikasi namun jarak antara kawasan perumahan sangat hampir menyebabkan penduduk kurang selesa mungkin disebabkan bimbang kesan radiasi," katanya ketika ditemui di kawasan perumahan Forest Bayu dekat sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran dan wakil penduduk.

Artikel Berkaitan:

Gunasekaran semasa bertemu penduduk di kawasan perumahan Forest Bayu hari ini.
Gunasekaran semasa bertemu penduduk di kawasan perumahan Forest Bayu hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Forest Bayu, Muhamad Fadly Salim berkata, cadangan pembinaan menara adalah hampir dengan kawasan tadika, rumah, dan taman mainan kanak-kanak.

Katanya, mereka berharap syarikat berkenaan dapat memikirkan lokasi yang lebih sesuai dan mesra penduduk bagi memastikan keselamatan penduduk di Taman Forest Bayu terjamin.

Sementara itu, Gunasekaran berkata, beliau akan memanggil wakil syarikat telco terlibat dengan persatuan penduduk untuk membincangkan perkara tersebut.

Katanya, penduduk di kawasan perumahan itu memerlukan menara telekomunikasi untuk mendapat liputan talian secara menyeluruh tetapi kos pembinaannya perlu diambil kira.

"Saya dimaklumkan Majlis Perbandaran Seremban sudah menghantar notis kepada pihak terlibat supaya kerja-kerja membina menara telekomunikasi ini dihentikan kerana tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Kita akan membawa perkara ke pihak sepatutnya bagi memastikan kesejahteraan penduduk di sini terjamin dan pada masa sama keperluan mereka juga dapat dipenuhi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!